ISU TULAR MENGENAI SIKAP KURANG SOPAN PEMANDU MYCAR

SETIA ALAM, 19 Disember – Baru-baru ini, satu ciapan telah dikeluarkan oleh seorang penumpang MyCar mengenai sikap kurang sopan salah seorang pemandu MyCar semasa beliau menggunakan perkhidmatan aplikasi e-hailing MyCar.

Sebagai langkah untuk menyelasaikan masalah bagi kedua-dua belah pihak, MyCar telah menghubungi pemandu dan penumpang tersebut bagi mendapatkan keterangan jelas mengenai isu yang tular ini.

Hasil perbincangan tersebut, isu ini telah berjaya diselesaikan secara baik dan akaun MyCar pemandu tersebut telah digantung oleh pihak MyCar diatas kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu tersebut.

Pihak penumpang juga telah mengeluarkan kenyataan dan ciapan bahawa isu tersebut telah pun diselsaikan secara berhemah oleh pihak MyCar.

Bagi sebarang aduan, pihak penumpang boleh terus berhubung dengan Bahagian Khidmat Pelanggan MyCar. Tindakan sewajarmya akan di ambil dari pihak MyCar sekiranya didapati terdapat sebarang salah laku dikalangan pemandu Mycar.