Raikan MyCar dengan Kod Promo MYCARBEST

SETIA ALAM, 28 Januari 2020 – MyCar sentiasa komited dalam memberikan kualiti servis yang terbaik melalui sistem aplikasi e-hailing yang lebih jimat, pantas, dan mudah digunakan selaras dengan misi MyCar iaitu untuk menyediakan perkhidmatan yang berpatutanmemberikan pengalaman pengguna yang memuaskan dan menyediakan perkhidmatan secara konsisten kepada pengguna dan rakan pemandu.

Beroperasi sejak Febuari 2018, MyCar kini telah merekodkan sebanyak 107,293 rakan pemandu dan lebih 2 juta pelanggan yang telah mendaftar sebagai pengguna di dalam platform. MyCar juga telah mula beroperasi di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pengguna. 

Bersesuaian dengan misi MyCar iaitu menyediakan harga tambang yang berpatutan, kami menawarkan kod promo MYCARBEST. Pengguna MyCar dapat menikmati potongan tambang RM2 bagi perjalanan sehala ke destinasi yang dituju. Lebih menguntungkan, kod promo ini boleh digunakan tanpa had apabila anda memilih untuk menaiki MyCar (selagi promo berlangsung).

Sempena dengan kempen “Raikan MyCar dengan Kod Promo MYCARBEST”, kami telah mempertingkatkan aplikasi e-hailing yang terbaru dengan lebih banyak ciri dan lebih stabil untuk menyokong perjalanan anda. 

Kini, aplikasi e-hailing kami menyediakan perkhidmatan lokasi ‘pick-up’ dan ‘drop-off’ yang lebih tepat dan butang keselamatan SOS yang lebih baik agar perjalanan anda lebih selamat. Kod promo MYCARBEST ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada pengguna setia MyCar yang sentiasa menjadikan MyCar sebagai platform utama pengangkutan awam mereka.

Selain itu, MyCar juga mengamalkan konsep berkongsi keuntungan maksima dengan pemandu iaitu 85% dari jumlah tambang untuk pemandu dan 15% komisen untuk MyCar. Kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi rakan pemandu MyCar, boleh lawati https://mycar.asia/drive-with-mycar/.