Amaran Larangan Merokok Atas Meja Makan

SHAH ALAM, 16 Januari 2020 – MyCar menawarkan pelekat meja dan dinding ‘DILARANG MEROKOK’ secara PERCUMA kepada semua pengusaha premis makanan dan kawasan awam di seluruh Malaysia. 

Pemasangan pelekat ini adalah untuk mendidik orang ramai supaya tidak merokok dikawasan awam terutamanya di premis makanan. MyCar mengambil langkah ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak merokok dan pada masa yang sama menghormati pelanggan lain yang tidak merokok terutamanya kanak-kanak.

Menurut Pegawai Perhubungan MyCar, Puan Nur Amira Ahmad dengan adanya pelekat amaran larangan merokok ini, perokok akan lebih jelas mengenai zon larangan merokok terutamanya apabila berada didalam premis makanan.

Pelekat larangan merokok ini adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai , sekiranya ianya tidak dapat mengurangkan atau berhenti merokok, sekurang-kurangnya dapat mengubah sikap supaya tidak merokok di dalam kalangan orang ramai.

Pengusaha premis makanan juga boleh mendapatkan pelekat secara percuma itu dengan email ke iklan@mycar.asia.

Disamping itu, MyCar juga akan melancarkan dua pelekat percuma iaitu Kempen Membasuh Tangan Dengan Betul Sebeum Makan dan Kempen Basuh tangan di Hospital.