Sertai MyCar Sebagai Pemandu Premium

SETIA ALAM, 20 Febuari 2020 MyCar menghargai sumbangan dan dedikasi yang diberikan oleh rakan pemandu kami. Oleh itu, kami sentiasa mencari inisiatif untuk menambah baik faedah dan ganjaran bagi mengiktiraf rakan pemandu dan memberikan pengalaman pemandu dan pengguna yang memuaskan.

Bekerja sebagai rakan pemandu semestinya satu tugasan yang mencabar dan memerlukan kesabaranusahadan dedikasi bagi memastikanpelanggan sampai ke destinasi denganselamat.

Bagi Menyokong Inisiatif ini, MyCar telah mempertingkatkan faedah dan ganjaran untuk pemandu premium bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan menyokong rakan pemandu yang ingin bertukar kepada pemandu premium

Inisiatif ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada rakan pemandu yang bertungkus lumus mencari nafkah pada waktu kerja yang tidak menentu demi menanggung ahli keluarga mereka.

Antara kelebihan yang diberikan adalah potongan komisyen serendah 12% dan 100 pendaftaran terawal akan mendapat pelekat kenderaan VIP dari MyCar. Selain itu, kami juga menawarkan barangan ekslusif MyCar dan MyCar Polo T-Shirt.

Kepada orang ramai yang ingin mendaftar sebagai pemandu premium, mereka perlulah memiliki kenderaan sendiri, kenderaan sewa atau teksi mewah. Selain itu, mereka juga haruslah berumur 21 tahun ke atas, tidak disenarai hitam, mempunyai lesen PSV dan menggunakan kenderaan yang dikeluarkan bermula tahun 2011 ke atas. Kenderaan juga perlulah mengikut spesifikasi JPJ, kereta jenis sedan 1500cc ke atas dan tiada ruangan iklan di pintu kenderaan.

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi atau WhatsApp ke nombor 011-5111 9868 atau email kepada pegawai perkhidmatan kami di Che.amirul@mycar.asia.